suka sangat tengok orang yg ada bulu mata lentik. Kalau jumpa sesiapa yg berbulu mata lentik nie selalunya tak puas-puas pandang.. Hmm.. tapi secara curi-curi lah.. nanti apa pula kata yg empunya badan.. Mana tahu kan, nanti diingat yg bukan-bukan lak…
Korang tahu tak sebenarnya nak dapat bulu mata yg lentik nie petuanya tak susah pun. Seperti biasa kena rajinlah
amalkan selalu barulah mujarab. Kalu setakat sehari dua buat pas tu terus nak dapat bulu yg melentik-lentik hmm.. sori naik lorry lah dear…
Bagi sesiapa yang mahu memiliki bulu mata yang lentik secara semulajadi ini dia petua lentikkan bulu mata.
Petua Bulu Mata Lentik
Cari daun lidah buaya. Masa nak tidur sapukan lendir daun lidah buaya tu kat bulu mata. Lepas tu tutup mata dan pejam sampai esok pagi. Lama-lama insyaAllah hasilnya pasti memuaskan hati.. Lakukan setiap malam tau.. kena rajin, barulah menjadi.
Bila dah dapat bulu mata lentik tuh.. hmmm… rasanya senang-senang jer sekali petik seribu yang datang…hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan